


ABIM telah ditubuhkan pada 6 Ogos 1971 di Fakulti Pengajian Islam, Universiti Kebangsaan Malaysia. Pengerusi penaja penubuhannya ialah Ustaz Abdul Wahab Abdullah (Almarhum) dan Setiausahanya ialah Saudara Fauzi Abdul Rahman (Dato’). Pada 17 Ogos 1972, ABIM telah didaftarkan secara rasmi dibawah Akta Pertubuhan 1966. Manakala pada tahun 2009, setelah pihak kerajaan membuat semakan terhadap dasar belia negara, ABIM telah didaftarkan penubuhannya dibawah Akta Pertubuhan-pertubuhan Belia 2007.
Era awal pergerakannya dicorakkan oleh usaha bagi mempertegaskan idealisme dan cita-cita perjuangan. Pelbagai kegiatan direncanakan bagi menjelaskan identiti ABIM sebagai sebuah pertubuhan belia dan gerakan Islam yang berteraskan prinsip dakwah dan tarbiyyah sebagai asas pendekatan pergerakannya. Cita-cita utama ABIM ialah bagi menyumbang secara proaktif pembinaan sebuah masyarakat Islam yang mampu menjadi teras terhadap proses pembinaan negara bangsa Malaysia yang utuh di dalam pelbagai aspek kehidupan.
ABIM MALAYSIA WebAluan Yang Di Pertua
Bismillahirrahmanirrahim, Assalamualaikum wbt dan Salam Sejahtera. Mengambil semangat daripada Surah As-Saba' Ayat 15 dimana mengisahkan tentang keagungan dan kegemilangan tamadun negara Saba' yang disebut sebagai "Baldatun Thoyyibatun Wa Rabbun Ghafur" yakni "negara/negeri yang makmur serta diberkati tuhan". ABIM Melaka menyambut baik dan beriltizam dengan slogan Negeri Melaka "Melaka Rumahku, Melakaku Maju Jaya, Rakyat Bahagia, Menggamit Dunia".
Refleksi Sejarah ABIM Melaka
ABIM Melaka bermula pendaftaran dibawah Pendaftaran Persatuan (ROS) tidak lama selepas pendaftaran ABIM Pusat pada tahun 1971. Selepas diperkenalkan Akta Belia pada tahun 2007, ABIM menukar pendaftaran mengikut Akta Belia dan ABIM Melaka didaftarkan di bawah seksyen 10 Akta Pertubuhan Belia dan Pembangunan Belia pada 15 Julai 2009.
Produk-Produk Masyarakat
Sehingga kini, ABIM Melaka banyak membantu menggerakkan idealisma perjuangan islam dalam masyarakat majmuk. Antaranya adalah institusi pendidikan awal islam seperti Taman Asuhan Kanak-kanak Islam (Taski), bantuan bencana dan kemasyarakatan yang digerakkan dibawah Agensi ABIM iaitu Global Peace Mission (GPM Melaka). Program Kempen Seorang Sekampit Beras (KSSB) sepanjang Ramadhan untuk golongan yang memerlukan, Program-program pengisian seperti ceramah keibubapaan, pengupayaan belia, aktiviti kebeliaan seperti latihan (Tamrin) dan Halaqah Penghayatan Islam (Usrah),Jom Ngaji dan Program Haji Cilik diharap dapat membantu menyemarakkan lagi kegiatan dakwah di Melaka.
Perancangan
ABIM Melaka juga di dalam perancangan untuk bergiat aktif dan berpatisipasi dengan Kementerian dan Agensi2 kerajaan, NGO dan swasta yang memiliki sasaran yang sama. Kedudukan ABIM yang juga Badan Gabungan Majlis Gabungan Belia Melaka (MGBM) bersama dengan kerangka besar jemaah Wadah-ABIM-PKPIM memberi ruang dan peluang untuk meratakan rahmat Allah diseluruh sisi masyarakat sesuai dengan Misi Islam "Rahmatan Lilalamin" iaitu rahmat untuk sekalian alam.
ABIM juga merancang untuk terus mengupaya dua lokasi tanah wakaf ummat yang dimiliki ABIM Melaka serta menjadi pusat untuk membangunkan masyarakat dengan projek-projek yang berimpak namun tetap dengan prinsip "Non-Partisan" dalam politik, "Transparency" Ketelusan dan "Accountability" iaitu kebertanggungjawaban.
Pelan Masa Hadapan
Menyedari bahawa masih banyak usaha yang perlu digembelingkan, ABIM dengan rendah diri menyeru orang ramai untuk turut bersama2 ABIM Melaka terus membangunkan usaha dakwah dan tarbiyyah di negeri ini supaya matlamat "negeri yang makmur serta diberkati tuhan" kita akan dapat capai bersama. Amin..
Berikut adalah pimpinan Angkatan Belia Islam Malaysia Negeri Melaka bagi sesi 2020/2021. Tahniah dan Takziah kepada sahabat pimpinan yang berikut. Moga Allah SWT memberikan kesihatan dan kekuatan kepada anda semua. aamminn
Carta Jawatankuasa ABIM Negeri Melaka 2019/2020Lorem ipsum dolor sit amet, consectetur adipiscing elit. Proin ornare sem sed quam tempus aliquet vitae eget dolor. Proin eu ultrices libero. Curabitur vulputate vestibulum elementum. Suspendisse id neque a nibh mollis blandit. Quisque varius eros ac purus dignissim.
Permohonan ini adalah proses pra-pendaftaran. Pendaftaran SAH adalah pendaftaran yang memenuhi syarat-syarat KEAHLIAN sepertimana diperuntukkan dalam Perlembagaan ABIM.
**Semua wajib di isi
** Sila hubungi +6 010-443 1971 untuk bantuan pendaftaran
Koleksi “Ucapan Dasar Muktamar Sanawi ABIM: Keprihatinan Umat dan Transformasi Sosial”, Dr Manutty menyatakan bahawa, “Sesungguhnya dunia Islam memerlukan pemimpin-pemimpin yang beramanah, ikhlas, berakhlak tinggi, berbudaya ilmu, iltizam dengan perjuangan, fatanah (bijaksana) serta berwawasan. Jika ciri-ciri sedemikian dapat dipenuhi, dunia Islam pasti akan berubah dari keadaan yang daif menjadi negara yang bermaruah.”
يَا أَيُّهَا الَّذِينَ آمَنُوا أَنْفِقُوا مِمَّا رَزَقْنَاكُمْ مِنْ قَبْلِ أَنْ يَأْتِيَ يَوْمٌ لَا بَيْعٌ فِيهِ وَلَا خُلَّةٌ وَلَا شَفَاعَةٌ وَالْكَافِرُونَ هُمُ الظَّالِمُونَ
Wahai orang-orang yang beriman, infakkanlah sebagian dari rezeki yang telah Kami berikan kepadamu sebelum datangnya hari ketika saat itu tidak ada lagi jual beli, tidak ada lagi persahabatan dan tidak ada lagi syafaat. Dan adapun orang-orang kafir, mereka itulah orang-orang yang dzalim. – (Q.S Al-Baqarah: 254)
Kami merayu sumbangan/infaq/derma ikhlas dari tuan/puan yang budiman untuk menampung segala kos pengurusan dan aktiviti organisasi kami yang berteraskan Dakwah Islamiyah, Pendidikan, Kemasyarakatan, Belia dan Pembangunan Keluarga Islam. Sila tekan butang infaq pada mana-mana BIDANG KEUTAMAAN yang disukai untuk proses infaq online seterusnya
Sila hubungi +6 010-443 1971 untuk bantuan infaq
Phasellus nec gravida purus. Aliquam ac enim vel ipsum consectetur vulputate. Duis quis feugiat neque. Pellentesque eleifend, nisi vel mattis vestibulum, est lacus pretium quam.
Sila pilih amaun/nilai infaq anda
** Segala infaq tuan/puan akan disalurkan terus ke akaun ABIM Negeri Melaka sahaja, sila pastikan penama akaun sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada kami.
Phasellus nec gravida purus. Aliquam ac enim vel ipsum consectetur vulputate. Duis quis feugiat neque. Pellentesque eleifend, nisi vel mattis vestibulum, est lacus pretium quam.
Sila pilih amaun/nilai infaq anda
** Segala infaq tuan/puan akan disalurkan terus ke akaun ABIM Negeri Melaka sahaja, sila pastikan penama akaun sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada kami.
Phasellus nec gravida purus. Aliquam ac enim vel ipsum consectetur vulputate. Duis quis feugiat neque. Pellentesque eleifend, nisi vel mattis vestibulum, est lacus pretium quam.
Sila pilih amaun/nilai infaq anda
** Segala infaq tuan/puan akan disalurkan terus ke akaun ABIM Negeri Melaka sahaja, sila pastikan penama akaun sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada kami.
Phasellus nec gravida purus. Aliquam ac enim vel ipsum consectetur vulputate. Duis quis feugiat neque. Pellentesque eleifend, nisi vel mattis vestibulum, est lacus pretium quam.
Sila pilih amaun/nilai infaq anda
** Segala infaq tuan/puan akan disalurkan terus ke akaun ABIM Negeri Melaka sahaja, sila pastikan penama akaun sebelum membuat sebarang transaksi kewangan kepada kami.