Program Qurban Berkelompok Aidiladha 1432H (2001) ABIM MELAKA

Posted on 18 Okt 2011 by Azmi (PSU ABIM MELAKA)


Assalamualaikum WBKT dan Salah Ukhwah kepada semua sahabat dan sahabiah sekelian. ABIM Melaka akan menjalankan PROGRAM QURBAN BERKELOMPOK semperna AIDILADHA 1432H (2011) pada 8 Nov 2011 (Hari Raya ke 2) bertempat di Bangunan Al-Huda, Taman Putra, Melaka. Untuk pengetahuan semua pada tahun ini 1 bahagian qurban bernilai RM 450.00 dan penyertaan untuknya dibuka mulai hari ini.

Sila hubungi

SHUKRI SULAIMAN - 013-7319625

UST SUHAIMI - 014-2384706

AZMI - 016-3371424

untuk pendaftaran dan urusan bayaran. Sekian, terima kasih.

 

RESPOND PRESIDEN ABIM MENGENAI PEMANSUHAN AKTA ISA OLEH KERAJAAN

Posted on 26 Sept 2011 by Suhaimi Mohd Saaid (TYDP ABIM MELAKA)


Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) menyambut baik pengumuman pemansuhan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang diumumkan oleh Yang Amat Berhormat Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Mohd Najib Abdul Razak serta beberapa akta yang berkaitan.

Langkah ini memperlihatkan ketelusan kerajaan untuk memelihara ketenteraman dan kebebasan bersuara seperti yang dijamin oleh Perlembagaan Persekutuan.

Pengumuman ini menandakan keterbukaan sikap pihak pemerintah terhadap desakan serta pandangan yang dikemukakan oleh pelbagai pihak terhadap akta tersebut sebelum ini.

Namun demikian, amat malang sekiranya pengumuman ini hanya bersifat populis untuk meraih undi bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13 yang dijangka bakal dilangsungkan tidak lama lagi.

Dalam konteks ini, ABIM tidak mahu melihat rakyat terperangkap dalam permainan politik dilihat semakin rencam dan mengelirukan rakyat.

Sekiranya inilah yang sebenarnya berlaku, ABIM khuatir ia akan mencetuskan persepsi negatif rakyat terhadap ketelusan pemerintah yang sekaligus menjejaskan integriti serta keabsahan pihak berkenaan dalam melaksanakan agenda transformasinya.

Ikuti kenyataan penuh di sini


KENYATAAN ABIM KEBANGSAAN
Di Sediakan Oleh SUHAIMI BIN MOHD SAAID
Timbalan Yang Di Pertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Negeri Melaka

ABIM MELAKA MEMBANTAH!

Posted on 19 Sept 2011 by Saudara Fadzal Adly (YDP ABIM MELAKA)


Angkatan Belia Islam Malaysia Cawangan Melaka ingin melahirkan rasa kesal dan kecewa terhadap berita mendukacitakan yang dilaporkan oleh pihak media pada 17 september 2011 berkenaan  insiden 87 belia yang ditahan kerana menyertai pesta seks. Insiden ini lebih mendukacitakan kerana ia berlaku tatkala seluruh warga Malaysia menyambut sambutan Hari Malaysia pada 16 September.  

ABIM Melaka ingin merakamkan pujian terhadap sikap bertanggungjawab pemberi maklumat dan kecekapan pihak polis Jabatan Siasatan Jenayah cawangan Melaka yang bertindak melakukan tangkapan tersebut.

Pada masa yang sama, ABIM Melaka mengecam dan merasa amat kesal di atas tindakan terancang penganjur insiden yang langsung tidak sensistif terhadap sambutan Hari malaysia yang berlangsung pada hari tersebut. ABIM merakamkan bantahan keras atas penganjuran akvititi tidak bermoral sedemikian yang jelas tidak bertanggungjawab. 

ABIM mendesak agar  pemantauan yang lebih berkesan oleh agensi-agensi penguatkuasaan dan Jabatan Agama Islam sewaktu acara-acara sambutan seperti sambutan tahun baru, hari Valentine dan hari Kemerdekaan

ABIM Melaka berpandangan aktiviti sedemikian ini bukanlah  cara dan budaya rakyat Malaysia khususnya umat Islam dalam menyambut hari-hari penting negara .

Justeru itu, ABIM Melaka menyeru pihak kerajaan dan masyrakat memberi ruang dan peluang NGO-NGO islam khususnya ABIM berkongsi melaksanakan program membina pemikiran dan mengisi kerohanian belia dan remaja khasnya di negeri Melaka agar insiden yang memalukan ini tidak berulang di masa hadapan.

FAHDAL ADLY BIN HAJI JAAPAR
Yang Di Pertua, Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM)
Negeri Melaka

Infaq Fisabilillah

Sertai Kami...

ABIM Melaka memerlukan sukarelawan dan petugas bagi membantu kami melaksanakan plan aktiviti dan dakwah kami di Melaka. Sila penuhkan borang keahlian ABIM Melaka secara online dengan klik di sini [ e-Ekhwan ABIM Melaka ]

Hubungi Kami

ABIM Melaka sedia membantu anda.

Alamat : Lot 494, Bangunan Al-Huda, Bukit Baru
Tel : +606 - 317 2912
Fax :+606 - 317 2912
Mobile : +6016 - 337 1424
E-mail:bantu@abimmelaka.org.my